Allah larang.

Advertisements

Party kuali.

ujs193.

Selasa, 8 Mei 2018

PAN ancam Bumiputera, Islam dengan bantuan DAP – Khalid

Oleh Nadia Hamid

nnadia@nstp.com.my

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/422647/pan-ancam-bumiputera-islam-dengan-bantuan-dap-khalid

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Malaysia (PAN) disifatkan sebagai duri dalam daging yang berbahaya kerana mengamalkan sekularisme, menyerang dan mengancam Bumiputera-Islam dengan bantuan DAP.
Tindakan PAN dipercayai dendam lama kepada golongan konservatif dan ulama PAS yang ‘membengkak’ sudah sekian lama namun terpaksa berselindung di bawah usaha perjuangan meningkatkan syariat Islam.

Hakikatnya, golongan ini ketika ‘berada’ bersama PAS percaya parti itu perlu mendapatkan kuasa atau mandat untuk menang baru boleh membuat perubahan namun kumpulan konservatif / ulama berpendapat matlamat menguasai politik negara tidak boleh menghalalkan cara dengan bersekongkol.

Krisis pertembungan ideologi dan amalan antara dua puak dalam satu kapal itu ‘meletus’ selepas DAP mula campur tangan ketika berlaku pergolakan antara pemimpin kerajaan campuran Selangor pada 2014.
Ketika itu, golongan profesional PAS mula bersikap ‘keras kepala’ dan menunjukkan kecenderungan mereka untuk menyokong pihak yang didakwa boleh membantu merealisasikan hasrat dan cita-cita peribadi mereka.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mengakui DAP cuba mempengaruhi PAS supaya selari dan menyokong kehendak parti cauvinis itu yang jelas tidak menyokong perlembagaan dan agama Islam.
Katanya, DAP secara terbuka menawarkan bantuan sokongan dan dana kepada mereka yang menyokong dasar serta perjuangan kepemimpinan DAP.

“DAP janji akan beri belanja berkempen kepada mereka (kumpulan progresif) yang menyokongnya untuk berjumpa (dapatkan sokongan) semua ahli PAS memilih mereka dan kuasai pucuk pimpinan.

“Hampir 18 ke 19 orang daripada mereka, yang orang PAS pun tahu mereka tidak dipilih, mereka inilah yang tubuhkan PAN,” katanya katanya ketika ditemui NSTP di kediamannya, di sini.

Bagaimanapun, Abdul Khalid mengakui tidak mempunyai bukti nyata yang boleh mengheret DAP mengakui ‘penajaannya’ kepada kumpulan progresif PAS.

Abdul Khalid turut mendedahkan ketika menjadi Pengarah Pilihan Raya Pakatan Rakyat (PR) di Selangor, DAP membangkang ideologi PAS untuk meningkatkan kepentingan umat Islam melalui pemerkasaan pengurusan pentadbiran, kuasa undang-undang kehakiman berlandaskan Islam dan lebih kuasa di Mahkamah Syariah serta pelaksanaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah ( Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU 355) menaikkan kemarahan DAP.

Katanya, perselisihan besar menyebabkan DAP menarik diri daripada PR dan membubarkan kerjasama.

“PAS beranggapan mereka tidak boleh abaikan Islam dan berkawan dengan sesiapa (parti) untuk menang pilihan raya. PAS merasakan mereka tidak jujur kepada rakyat hingga sanggup bersekongkol dengan DAP untuk kepentingan politik.

“Tetapi PAN (belas kumpulan progresif PAS) mereka setuju menggunakan atau digunakan orang bukan Islam demi untuk capai kemenangan.

“Orang PAS ‘they didnt forgive’ (mereka tidak memaafkan) kerana PAN tidak menunaikan janjinya, tidak menunaikan baiah mereka. Janji bukan kepada PAS tetapi Allah SWT dan mungkir janji adalah satu daripada perkara yang PAS tidak dapat terima.

“PAS merasakan PAN lebih menghalang cita-cita PAS (tingkatkan syiar Islam) daripada DAP kerana PAN ‘serupa’ mereka. Tetapi PAN bersengkokol dengan DAP untuk menghalang PAS,” katanya.

Abdul Khalid turut memberi contoh krisis kepemimpinan Islam berlaku di Turki dan Mesir iaitu kumpulan ulama akan menentukan hala tuju dakwah Islamiah yang mesti berlandaskan syariah Islam.

Ketika ditanya sokongan rakyat akar umbi Selangor, Abdul Khalid berkata, kajian fizikal mendedahkan sambutan rakyat kepada pakatan yang berselindung di bawah PKR tidak besar di Selangor.

“Rakyat Selangor menolak pakatan terutama PAN. Putar belit berita yang membuatkan mereka tampak lebih hebat daripada Barisan Nasional (BN) dan PAS.

“Sedangkan PAS, parti konservatif yang daripada dulu tidak tertarik untuk berkelahi dalam media, sebaliknya fokus kepada usaha menegakkan syiar islam. PAS tidak kisah sama ada mendapat kuasa atau tidak pada pilihan raya tetapi mereka berhasrat meningkatkan sokongan rakyat kepada Islam,” katanya.

ujs193.

Pandangan

PANDANGAN ULAMA’ TENTANG KERAJAAN PH.

Para ulama’ berpandangan kerajaan PH tidak boleh lagi menerus kan pemerintahan nya. Ini kerana selama lebih kurang 10 bulan perkara utama yang menjadi asas ijtihad ulama’ ialah mudharat pada islam.

Perkara ini sangat terang dan jelas, apabila beberapa siri dan cubaan untuk menggugat kedudukan islam sebagai agama perseketuan tanah melayu, seperti isu ICERD yang jika di laksana kan kedudukan agama2 lain di Malaysia setaraf dengan agama islam, dan islam tidak akan menjadi agama perseketuan.

Begitu juga, isu2 penghinaan terhadap islam dan baginda Rasulullah SAW berlaku di bawah pemerintahan PH yang tidak pernah berlaku serancak ini sebelum ini walau pun di era pemerintahan BN dahulu. Begitu juga kerajaan PH tidak bertegas di dalam menangani isu2 LGBT, liberalisme dan ancaman pluralisme yang sangat merbahaya kepada umat islam.

Di lihat dan di nilai oleh para ulama’ bahawa terdapat usaha dan agenda jahat oleh parti dap untuk menggugat agama islam dan kedudukan raja2 melayu serta wujud nya usaha untuk menghapus keistimewaan orang melayu sebagai penduduk asal bagi tanah melayu ini.

Pemerhatian para ulama’ serta tokoh2 agama yang muktabar, telah sepakat bahawa kerajaan PH adalah wajib di tumbang kan dan wajib menaik kan mana2 pemimpin yang menjadi kan islam sebagai dasar pemerintahan dalam negara. Ini adalah pendirian para ulama’2 pondok, tuan2 guru, dan sekalian ‘alim ulama di malaysia. Oleh yang demikian, satu usaha yang bersungguh2 perlu di gerak ke arah matlamat ini, semoga negara kita terselamat dari bahaya pemerintahan PH, dan di anjur kan kepada semua umat islam supaya di adakan solat hajat sekerap mungkin untuk sama2 kita berdoa kepada ALLAH, agar di tumbang kan kerajaan PH.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, hukum bagi mana-mana umat Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar.

Kata beliau, politik kebencian yang diamalkan oleh DAP jika dijalankan secara berterusan dibimbangi boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.

“Kita dapat lihat DAP begitu menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama dengan mereka.

“Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam untuk berbaik-baik dengan golongan bukan Islam. Namun jika mereka yang mahu menentang Islam, kita wajib memeranginya,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Hidayah.

Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan Allah telah menyempurnakan syariatnya dan Dia redho bahawa Islam adalah agama kita…

Hidayah adalah milikNya dan Dia memberikan hidayah kpd sesiapa atas kehendakNya.

Moga kita termasuk dlm golongan yg mendapat hidayah dari Allah SWT.